Ya Allah, Abadikan Hati Ini Dengan Sifat Mahmudah ( Terpuji ) .
IMAM GHAZALI mengariskan sihat mahmudah ( terpuji ) kepada beberapa bahagian :
1- Taubat - Keazaman untuk meninggalkan segla kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.
2- Takut akan Allah SWT - Perasaan takut terhadap Allah akan membuatkan seseorang itu melipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan larangan-Nya.
3- Mahabbah - Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan islam.
4- Zuhud - Kehidupan insan Mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.
5- Sabar - Perasaan memujuk jiwa dengan keimaman. Ia merangkumi sabar atas ketaatan dan juga sabar dalam menjauhi maksiat.
6- Syukur - Bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat kesihatan, rezeki, kemudahan hidup, kurniaan pancaindera dan sebagainya.
7- Ikhlas dan Benar - Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia.
8- Tawakal - Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya kepada Allah SWT setelah berazam. Seterusnya diikuti dengan usaha.
9- Reda dengan qada Allah - Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insan mukmin.
10-Mengingati Mati - Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana.

No comments:
Post a Comment