TAJUK

Wednesday, December 11, 2013

10 PESANAN IMAM GHAZALI TENTANG SIFAT TERPUJI



Ya Allah, Abadikan Hati Ini Dengan Sifat Mahmudah ( Terpuji ) .


IMAM GHAZALI mengariskan sihat mahmudah ( terpuji ) kepada beberapa bahagian : 


1- Taubat - Keazaman untuk meninggalkan segla kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya. 


2- Takut akan Allah SWT - Perasaan takut terhadap Allah akan membuatkan seseorang itu melipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan larangan-Nya. 


3- Mahabbah - Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan islam. 


4- Zuhud - Kehidupan insan Mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik. 


5- Sabar - Perasaan memujuk jiwa dengan keimaman. Ia merangkumi sabar atas ketaatan dan juga sabar dalam menjauhi maksiat. 


6- Syukur - Bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat kesihatan, rezeki, kemudahan hidup, kurniaan pancaindera dan sebagainya. 


7- Ikhlas dan Benar - Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia. 


8- Tawakal - Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya kepada Allah SWT setelah berazam. Seterusnya diikuti dengan usaha. 


9- Reda dengan qada Allah - Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insan mukmin. 


10-Mengingati Mati - Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana. 

Monday, December 2, 2013

10 Ciri Orang Yang Berfikir Positif

think, do, be positive
10 Ciri Orang Yang Berfikir Positif –  Semua orang yang berusaha meningkatkan diri dan ilmu pengetahuannya pasti tahu bahawa hidup akan lebih mudah dijalani bila kita selalu berfikiran positive. Tapi, bagaimana melatih diri supaya fikiran positiflah yang ‘beredar’ di kepala kita, tak banyak yang tahu. Oleh kerana itu, sebaiknya kita kenali saja dulu ciri-ciri orang yang berfikir positif dan mulai mencuba meniru jalan fikirannya.
1. Melihat masalah sebagai cabaran
Bandingkan dengan orang yang melihat masalah sebagai cubaan hidup yang terlalu berat dan membuatkan hidupnya jadi paling sengsara di dunia.
2. Menikmati hidupnya
Pemikiran positif akan membuat seseorang menerima keadaannya dengan senang hati, meski tak bererti ia tetap berusaha untuk mencapai hidup yang lebih baik.
3. Fikiran terbuka untuk menerima saranan dan idea orang lain
Dengan itu, boleh jadi ada hal-hal baru yang akan membuat segala sesuatu lebih baik.
4. Nyahkan fikiran negatif dengan segera setelah fikiran itu terlintas di benak
‘Memelihara’ fikiran negatif lama-lama boleh diibaratkan membangunkan singa tidur. Sepatutnya tidak apa-apa, tapi ternyata boleh menimbulkan masalah.
5. Mensyukuri apa yang dimilikinya
Bukannya berkeluh-kesah tentang apa-apa yang tidak dipunyainya.
6. Tidak mendengar gosip yang tak menentu
Sudah pasti, gosip berkawan baik dengan fikiran negatif. Kerana itu, mendengarkan perbualan yang tak ada kebaikannya adalah perilaku yang perlu dijauhi oleh si pemikir positif.
7. Tidak mencari alasan, tapi terus melakukan tindakan
Pernah dengar perkataan “NATO” (No Action, Talk Only), kan? Ya, pemikir positif ini jelas bukan pengikutnya.
8. Menggunakan bahasa positif
Maksudnya, ayat-ayat yang bernadakan optimisme, seperti “Masalah itu pasti akan dapat diselesaikan,” dan “Dia memang berbakat.”
9. Menggunakan bahasa tubuh yang positif
Di antaranya adalah senyum, berjalan dengan langkah tegap, dan gerakan tangan yang ekspresif, atau anggukan. Mereka juga berbicara dengan intonasi yang bersahabat, bersemangat, dan ‘hidup’.
10. Peduli pada citra diri
Pemikir positif berusaha menunjukkan penampilan baik, bukan hanya di luar, tapi juga di dalam.