TAJUK

Saturday, October 8, 2011

Apa Yang Lelaki Dan Wanita Perlu Tahu?

Lelaki perlu tahu yang  perempuan :
       1.    Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan       perhatian.
       2.    Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, kadang kala wanita ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
      3.    Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaranBukan dendam.
      4.    Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
      5.    Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.
      6.    Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam kerana wanita itu prihatin.
      7.    Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.
      8.    Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonyaapabila bersemuka dengan yang dicintai.
     9.    Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
    10. Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.


Perempuan perlu tahu yang lelaki :
   1.    Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
    2.    Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
   3.    Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4.    Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5.    Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  6.    Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu merekasuka melihat dan menjeling wanita.
  7.    Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!
  8.    Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9.    Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
 10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
 11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
 12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.
 13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
 14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.
15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
 16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
 17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
 18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Maksud Tersirat Hadiah Daripada Pasangan.



  • JAM TANGAN - Tanda mengingati setiap masa dan waktu.
  • CINCIN - Tanda ikatan kasih yang abadi.
  • GELANG - Tanda mesra.
  • RANTAI LEHER - Ikatan cinta yang perlu perhatian.
  • SUBANG - Tanda penghargaan dan penghormatan.
  • KASUT - Sentiasa mengambil berat/prihatin.
  • PAKAIAN/KAIN - Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
  • PAYUNG - Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
  • MINYAK WANGI - Tanda cinta.
  • BINGKAI GAMBAR - Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
  • BUKU  – Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
  • BUNGA - Tanda perkenalan dan tanda sayang.
  • COKLAT - Semanis cintamu.
  • LAGU/CD/KAD UCAPAN - Mengabadikan cinta dan kenangan
  • SEJADAH DAN AL-QURAN - Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.
  • HANDPHONE - Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup).
Tetapi hadiah yang paling di nanti-nantikan oleh setiap pasangan adalah….
  • MASUK MEMINANG - Tandanya dia serius dan betul-betul serius mencintai kamu!

Friday, October 7, 2011

jom kite blajar dialek kelate !!



1. Agah = sombong
2. Aloh la = mengeluh
3. Bekok = bergurau
4. Bekwoh = kenduri,biasanya kenduri kawin
5. Bera = lari bertempiaran
6. Beso = biasa
7. Blana = banyak-kuantiti yg banyak
8. Blana-kokna = terlalu banyak
9. Blarok = berarak semasa majlis kawin
10. Bleber = berleter
11. Blengah = rasa tidak selesa-melekit
12. Blikat = bahagian belakang badan
13. Bojen = fesyen atau style rambut
14. Borak = semakin parah-sakit
15. Brehi = menyukai atau minat
16. Brembah = bergaduh- utk haiwan
17. Brona = membuat perangai-menangis
18. Brunga = berlari
19. Cakduh = mereka yg kurang kemas
20. Cakpuh-cakpuh = perbuatan melompat2
21. Cedung = bersawah
22. Cekak = larat
23. Cetong = gayung
24. Cok = cangkul
25. Cokek = mencucuk jari ke pinggan org lain
26. Cokoh = duduk
27. Colek = pencicah
28. Come-lote = terlalu cantik
29. Culah = liar,tidak jinak(haiwan)
30. Derak = keluar bersiar-siar
31. Dumoh = rumah
32. Ejas = memikat
33. Gege = bising
34. Glecoh = tergelincir
35. Glegaa = lantai
36. Gorek = pengasah pensel
37. Grentok = jambatan
38. Gubak = kedudukan yg terakhir
39. Hambak = mengejar
40. Hudoh-banga = sangat hodoh
41. Igak = tangkap
42. Itee-lege = terlalu hitam
43. Jelo = terlebih
44. Jenero = tertido
45. Jerik = menangis
46. Jet = perbuatan menendang
47. Jolo = betul
48. Jula = dahan pokok
49. Kalar = pensel warna
50. Kale = pensel
51. Kekoh = gigit
52. Kelik = balik
53. Kemah-kemim = ikatan yg terlalu ketat
54. Kerah-kejun = kaku
55. Khenak = membuat jahat
56. Kicik = membuang air besar tidak sengaja(sedikit)
57. Kore = sejenis alat utk memarut kelapa
58. Kube-lembe = berselerak
59. Kuca-bara = berselerak
60. Kura = menconteng
61. Lak’eh = tidak bermaya
62. Lorak = melakukan kerja kelam kabut(nak cepat)
63. Manis-letin = amat manis
64. Mase-purik = amat manis
65. Masin-perak = amat masin
66. Meroh-mere = merah padam
67. Meroh-nyalo = merah yg sgt terang
68. Meta = sekejap
69. Mokte = rambutan
70. Mongek = pembonceng motosikal
71. Mulo = masa lampau
72. Nacar = terlajak
73. Ngelik = mengelak dari sesuatu
74. Ngenkok = menyenkeh
75. Ngolek = gelecek bola
76. Nyetok = kejang
77. Pahit-lepe = terlalu pahit
78. Panah-cen-cen = amat panas(cuaca)
79. Parok = parah
80. Pekong = membaling sesuatu
81. Perik = serik
82. Pitih = duit
83. Prange = tempat letak ikan utk dibakar
84. Puteh-lepuk = amat putih
85. Ralik = berkhayal atau mengelamun
86. Reknge-napun =ringan sangat
87. Repih = mematahkan
88. Royak = beritahu
89. Samah = 50 sen
90. Sengoti = betul-betul(tidak tipu)
91. Sokmo = selalu
92. Suloh = dahi yg luas
93. Sumbak = tertekan
94. Tawa-leba = tawar
95. Tebolah = cuai
96. Tiok = menangis
97. Tok rok = tidak larat
98. Trembe = benda yg tergantung tp tidak kemas spt baju
99. Tubik = keluar
100. Turik = sakit telinga akibat bunyi bising
*ad byk lg , tp xcekak nk tulis dohh .