Lelaki perlu tahu
yang perempuan :
1. Bukan bermaksud suka
merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan
perhatian.
2. Bukan bermaksud cerewet tak
tentu hala, kadang kala wanita ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
3. Ibarat sehelai sutera,
cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang
wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan,
biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan
dendam.
4. Ikhlas seorang
wanita tak perlu diragui.
5. Wanita sanggup
berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu
bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.
6. Sentiasa memerhatikan
keadaan sekeliling dalam diam kerana wanita itu prihatin.
7. Walaupun dia adalah
seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih
lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama
lelaki, namun juga sesama kaum.
8. Wanita yang terlalu
sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonyaapabila
bersemuka dengan yang dicintai.
9. Cinta pertama bagi
wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
10. Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita
diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu
kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi
lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.
Perempuan perlu tahu yang lelaki :
1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang
begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
2. Jika
seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup
dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai
wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran
atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
3. Kebanyakan
lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang
wanita.
4. Lelaki boleh menerima
penolakan dengan baik.
5. Lelaki cuba menonjolkan
sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
6. Lelaki memang dilahirkan
dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu merekasuka melihat dan
menjeling wanita.
7. Kebanyakan lelaki resah bila
berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!
8. Lelaki cuba meniru
gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati
wanita.
9. Bila lelaki cakap, ”Emm.
tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang
setuju.
10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam
sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan
mengharapkan wanita memahami maksudnya.
11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila
perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari
library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan
sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.
13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang
bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan
lebih baik.
14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan
ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain
hanya kawan.
15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan,
lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan
orang.
16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu
patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang
usahanya nanti.
17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
18. Kebanyakan
lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas
sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu
dikatakan air mata senjata perempuan.

